A. PAS PAHANG
- Memberi sumber kewangan yang halal, lumayan, mudah, dan berterusan kepada PAS Pahang.
- Memastikan PAS Pahang mempunyai sumber kewangan sendiri tanpa melibatkan modal dan tanpa menanggung sebarang risiko kerugian.
- Menjadi 'PENYUMBANG UTAMA' dana PRU13.
- Memastikan para ahli PAS hanya melaksanakan Sistem Muamalat Islam dan terlepas dari sistem kovensional.
- Menyediakan 'PLAN PENGGANTI' insuran konvensional yang diistiharkan HARAM oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
- Memberi kefahaman tentang Ilmu Takaful sebagai salah satu daripada Sistem Muamalat Islam.
- Memberi kesedaran tentang kepentingan Takaful dalah kehidupan individu Muslim.
- Membuka jalan kepada para ahli memeninggalkan dosa besar (riba'), judi (maisir) dan gharar dan berubah kepada melakukan amal jariah sepanjang hayat.
- Menggalakkan amalan menabung dikalangan ahli.
- Mengelakkan daripada berlakunya kesusahan kepada orang lain apabila berlaku kematian atau sesuatu musibah.
- 'MENYEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN' sebagai persediaan berlakunya '5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA'.
- Menyemaikan amalan bantu membantu sesama ahli.