Lahirnya program ini bukanlah untuk bersuka-suka atau untuk kepentingan business individu tertentu. Tetapi ianya lahir atas dasar rasa tanggungjawab dan kewajipan sebagai seorang insan yang menyeru kepada 'AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR' disamping memberi keuntungan kepada semua pihak.

AMAR MA'RUF

1. Berjuang memberi kefahaman tentang Sistem Muamalah Islam (TAKAFUL)

2. Mengajak semua masyarakat melaksana dan mengembangkan sistem tersebut


3. Membantu mengisi Tabung PRU PAS Pahang

NAHI MUNKAR

1. Mengajak semua masyarakat meninggalkan 'DOSA BESAR' kerana terlibat dalam INSURAN KONVENSIONAL


ARMA GROUP

KISAH BENAR

Saya bertugas sebagai Pegawai Pendakwa KPDNDHEP, Temerloh sejak Februari 1988. Pada November 2002 saya ditukarkan ke Ipoh. Bermula daripada tarikh ini sehinggalah  penghujung bulan November 2008 saya berulang-alik Temerloh-Ipoh pada setiap hujung minggu.
Pada Julai 2004 saya terlibat dengan MLM Luxor Network Sdn. Bhd. berpangkat ‘DIAMOND MANAGER’ dengan pendapatan bulanan sebanyak sekitar RM20,000.00.
Dengan kemampuan ini saya telah mengambil 9 polisi Insuran Nyawa dan 9 Kad  Hospital untuk saya sekeluarga melalui Insuran Great Eastern dan 1 polisi Aviva Insuran disamping meneruskan 9 polisi Takaful Malaysia. Jumlah bayaran bulanan ialah hampir  RM2,000.00.
Pada Disember 2007 saya dan isteri tersayang pergi ke Makkah untuk menunaikan fardhu Haji dan pulang pada Januari 2008. Diantara Mac 2008 hingga Disember 2008 tiga orang sahabat (Cikgu Arshad Abd. Aziz,  Pahrul Razi Mohd Said dan seorang ahli Muslimat PAS Perak) berkali-kali bertemu dan telefon saya serta menyeru agar meninggalkan insuran dan berpindah kepada Takaful Ikhlas.
Hampir setahun saya berfikir, mengkaji dan mengumpul maklumat tentang insuran dan takaful. Akhirnya dengan hidayah daripada Ilahi pada Januari 2009 saya telah menamatkan semua insuran saya sekeluarga dan bertukar kepada ‘Takaful IKHLAS’. Petukaran ini saya buat kerana Allah dan tidak peduli akan kerugian melebihi  RM30,000.00.
BAGI SAYA TERLIBAT DENGAN INSURAN IBARAT  ‘MEMBELI KAYU API UNTUK MEMBAKAR DIRI SENDIRI DAN KELUARGA’


ISU BESAR - TUGAS BERAT

Pada Januari 2009 saya mendaftar sebagai ejen (wakalah) dengan Takaful IKHLAS. Sepanjang tahun 2009 saya terlibat dalam Takaful, saya dapati banyak perkara yang perlu saya selesaikan diantaranya ialah seperti berikut:-
1.       Ramai orang Islam tidak faham tetang ‘Takaful sebagai salah satu Sistem Muamalat Islam’
2.       Ramai orang tiada kesedaran betapa pentingnya Takaful dalam kehidupan individu dan keluarga Islam.
3.       Ramai orang Islam ‘MEMBELI INSURAN’. Insuran difatwakan oleh MAJLIS FATWA KEBANGSAAN pada tahun 1972 adalah HARAM untuk semua orang Islam kerana mengandungi unsur-unsur RIBA, MAISIR DAN GHARAR. Fatwa haram ini persetujui sebulat suara  dalam Persidangan Takaful Antarabangsa di Bahrin pada tahun 1975.
Pada Januari 2010 hasil kajian saya serta bahan bukti ini ditunjukkan kepada Cikgu Abdul Majid Hassan (Cikgu Jid), Mantan Setiausaha PAS Pahang (kini Pengerusi ARMA Group). Beberapa hari kemudian, setelah meneliti bahan bukti ini Cikgu Jid memanggil saya dan menyataka bahawa “Ini isu besar. Kita kena berjuang untuk menyelamatkan ahli-ahli kita daripada masuk neraka…”
Untuk tujuan ini Cikgu Jid bersetuju menjadi wakalah Takaful IKHLAS pada Februari 2010. Cikgu Jid telah memanjangkan isu Insuran & Takaful ini kepada beberapa Pemimpin PAS Pahang dan juga mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pahang.  
Pada 27 Februari 2010 kumpulan bergelar ‘SUSU’ yang terdiri daripada  4 orang Setiausaha (S/U) dan Mantan S/U PAS berbagai peringkat di Pahang dilancarkan untuk menyelesaikan masalah ini. Ahli-ahli SUSU ialah Cikgu Jid Mantan S/U PAS Pahang, Ustaz Abirerah Mantan S/U PAS Kawasan Temerloh (menarik diri pada Mac 2010 kerana urusan perniagaan sendiri), Hj. Arshad S/U PAS Cawangan Bandar Lama/Mantan S/U Hartanah PAS Pahang dan Pahru Razi S/U PAS Cawangan Berhala Gantang.
Pelancaran ini dilakukan sempena Ekspo Perdagangan PAS Pahang di Markaz Tarbiah PAS Kerdau. Pelancaran ini sekadar memperkenalkan kepada ahli-ahli PAS bahawa Takaful IKHLAS yang didokong oleh SUSU akan menjadi ‘PENGGANTI’ kepada semua syarikat yang tidak Islamik.