Lahirnya program ini bukanlah untuk bersuka-suka atau untuk kepentingan business individu tertentu. Tetapi ianya lahir atas dasar rasa tanggungjawab dan kewajipan sebagai seorang insan yang menyeru kepada 'AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR' disamping memberi keuntungan kepada semua pihak.

AMAR MA'RUF

1. Berjuang memberi kefahaman tentang Sistem Muamalah Islam (TAKAFUL)

2. Mengajak semua masyarakat melaksana dan mengembangkan sistem tersebut


3. Membantu mengisi Tabung PRU PAS Pahang

NAHI MUNKAR

1. Mengajak semua masyarakat meninggalkan 'DOSA BESAR' kerana terlibat dalam INSURAN KONVENSIONAL


Friday, July 16, 2010

OBJEKTIF TAAWUN IKHLAS

A. PAS PAHANG
  1. Memberi sumber kewangan yang halal, lumayan, mudah, dan berterusan kepada PAS Pahang.
  2. Memastikan PAS Pahang mempunyai sumber kewangan sendiri tanpa melibatkan modal dan tanpa menanggung sebarang risiko kerugian.
  3. Menjadi 'PENYUMBANG UTAMA' dana PRU13.
  4. Memastikan para ahli PAS hanya melaksanakan Sistem Muamalat Islam dan terlepas dari sistem kovensional.
  5. Menyediakan 'PLAN PENGGANTI' insuran konvensional yang diistiharkan HARAM oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
B. AHLI-AHLI PAS PAHANG
  1. Memberi kefahaman tentang Ilmu Takaful sebagai salah satu daripada Sistem Muamalat Islam.
  2. Memberi kesedaran tentang kepentingan Takaful dalah kehidupan individu Muslim.
  3. Membuka jalan kepada para ahli memeninggalkan dosa besar (riba'), judi (maisir) dan gharar dan berubah kepada melakukan amal jariah sepanjang hayat.
  4. Menggalakkan amalan menabung dikalangan ahli.
  5. Mengelakkan daripada berlakunya kesusahan kepada orang lain apabila berlaku kematian atau sesuatu musibah.
  6. 'MENYEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN' sebagai persediaan berlakunya '5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA'.
  7. Menyemaikan amalan bantu membantu sesama ahli.

KONSEP TAAWUN IKHLAS

PROGRAM TAAWUN TAKAFUL IKHLAS PAS PAHANG (TAAWUN IKHLAS) ini adalah merupakan suatu program khas Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (PAS PAHANG) dengan kerjasama ARMA GROUP, ARS Agency, Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. Program ini adalah sebagai 'PELENGKAP' kepada pelaksanaan sistem Muamalat Islam dikalangan ahli-ahli PAS dan plan tambahan kepada 'Dana Taqwa' yang dilaksanakan oelh PAS Pahang sekarang ini.

ARMA GROUP adalah suatu kumpulan wakil (Wakalah) dalam ARS Agency, Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. yang lancarkan penubuhannya pada 27 Februari 2010. Anggota asalnya ialah Abdul Majid Hassan, Hj. Arshad Arbain dan Pahrul Razi Mohd. Said.
Tetamu Kehormat Majlis Pelancaran ARMA GROUP, Tuan Guru Presiden PAS


Turut menjadi Tetamu Kehormat ARMA GROUP ialah Naib Presiden PAS
Alhamdulillah... Rasmilah sudah penubuhan ARMA GROUP
TAAWUN IKHLAS mengalu-alukan kepada semua ahli dan penyokong PAS diseluruh Malaysia untuk menyertai Plan Takaful Keluarga, Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. PAS PAHANG telah bersetuju melantik ARMA GROUP sebagai wakil (wakalah) tunggal yang akan bertanggungjawab menghubungkan antara peserta dengan Takaful IKLAS Sdn. Bhd.
Majlis Menandatangani MOU PAS PAHANG dengan ARMA GROUP, Takaful IKHLAS Sdn. Bhd.
Turut hadir (dari kiri) Penguam Terkenal Mohd. Nizam Abd. Hamid, Bendahari PAS Pahang, Pengasas ARMA GROUP, Pengurus Zon Timur Takaful IKHLAS Sdn. Bhd., Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Timb. Pesuruhjaya 1 PAS Pahang, Timb. Pesuruhjaya 2 PAS Pahang merangkap ADUN Semantan.

* Penyerahan Sijil Pelantikan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang kepada Pengurus ARS Agency, Takaful IKHLAS *
*
Pertukaran MOU antara Pesuruhjaya PAS Pahang dengan Pengerusi ARMA GROUP
*
ARMA GROUP akan menginfaqkan sebahagian daripada Komisyen Tahun Pertama (FYC) kepada PAS Pahang dan sebahagian yang lainnya kepada tabung-tabung PAS di pelbagai peringkat mengikut perkembangan semasa.

Sunday, July 11, 2010

LATAR BELAKANG

A. PAS Pahang
  • PAS Pahang perlu merebut peluang terbaik untuk memenangi PRU13 berdasarkan penerima rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
  • PAS Pahang memerlukan dana kewangan segera, banyak , mudah dan berterusan
  • PAS Pahang tiada sumber kewangan tetap.
B. Ahli-ahli PAS

B1. Tiada Ilmu Takaful
  • Maklumat sebenar tidak sampai.
  • Tiada kesedaran tentang keperluan Takaful.
  • Tiada perlindungan Takaful.
B2. Melakukan Dosa Besar (Riba, Judi Dan Maisir)
  • Membeli Insuran Konvensional
  • Salah pilih Syarikat Takaful
  • Menyumbang 100% keuntungan kepada pihak lain (sepatutnya bagi kepada PAS)