Lahirnya program ini bukanlah untuk bersuka-suka atau untuk kepentingan business individu tertentu. Tetapi ianya lahir atas dasar rasa tanggungjawab dan kewajipan sebagai seorang insan yang menyeru kepada 'AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR' disamping memberi keuntungan kepada semua pihak.

AMAR MA'RUF

1. Berjuang memberi kefahaman tentang Sistem Muamalah Islam (TAKAFUL)

2. Mengajak semua masyarakat melaksana dan mengembangkan sistem tersebut


3. Membantu mengisi Tabung PRU PAS Pahang

NAHI MUNKAR

1. Mengajak semua masyarakat meninggalkan 'DOSA BESAR' kerana terlibat dalam INSURAN KONVENSIONAL


Friday, July 16, 2010

OBJEKTIF TAAWUN IKHLAS

A. PAS PAHANG
  1. Memberi sumber kewangan yang halal, lumayan, mudah, dan berterusan kepada PAS Pahang.
  2. Memastikan PAS Pahang mempunyai sumber kewangan sendiri tanpa melibatkan modal dan tanpa menanggung sebarang risiko kerugian.
  3. Menjadi 'PENYUMBANG UTAMA' dana PRU13.
  4. Memastikan para ahli PAS hanya melaksanakan Sistem Muamalat Islam dan terlepas dari sistem kovensional.
  5. Menyediakan 'PLAN PENGGANTI' insuran konvensional yang diistiharkan HARAM oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
B. AHLI-AHLI PAS PAHANG
  1. Memberi kefahaman tentang Ilmu Takaful sebagai salah satu daripada Sistem Muamalat Islam.
  2. Memberi kesedaran tentang kepentingan Takaful dalah kehidupan individu Muslim.
  3. Membuka jalan kepada para ahli memeninggalkan dosa besar (riba'), judi (maisir) dan gharar dan berubah kepada melakukan amal jariah sepanjang hayat.
  4. Menggalakkan amalan menabung dikalangan ahli.
  5. Mengelakkan daripada berlakunya kesusahan kepada orang lain apabila berlaku kematian atau sesuatu musibah.
  6. 'MENYEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN' sebagai persediaan berlakunya '5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA'.
  7. Menyemaikan amalan bantu membantu sesama ahli.

No comments:

Post a Comment