PROGRAM TAAWUN TAKAFUL IKHLAS PAS PAHANG (TAAWUN IKHLAS) ini adalah merupakan suatu program khas Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (PAS PAHANG) dengan kerjasama ARMA GROUP, ARS Agency, Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. Program ini adalah sebagai 'PELENGKAP' kepada pelaksanaan sistem Muamalat Islam dikalangan ahli-ahli PAS dan plan tambahan kepada 'Dana Taqwa' yang dilaksanakan oelh PAS Pahang sekarang ini.
ARMA GROUP adalah suatu kumpulan wakil (Wakalah) dalam ARS Agency, Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. yang lancarkan penubuhannya pada 27 Februari 2010. Anggota asalnya ialah Abdul Majid Hassan, Hj. Arshad Arbain dan Pahrul Razi Mohd. Said.
Turut hadir (dari kiri) Penguam Terkenal Mohd. Nizam Abd. Hamid, Bendahari PAS Pahang, Pengasas ARMA GROUP, Pengurus Zon Timur Takaful IKHLAS Sdn. Bhd., Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Timb. Pesuruhjaya 1 PAS Pahang, Timb. Pesuruhjaya 2 PAS Pahang merangkap ADUN Semantan.
* Penyerahan Sijil Pelantikan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang kepada Pengurus ARS Agency, Takaful IKHLAS *
*
Pertukaran MOU antara Pesuruhjaya PAS Pahang dengan Pengerusi ARMA GROUP
*
ARMA GROUP akan menginfaqkan sebahagian daripada Komisyen Tahun Pertama (FYC) kepada PAS Pahang dan sebahagian yang lainnya kepada tabung-tabung PAS di pelbagai peringkat mengikut perkembangan semasa.
No comments:
Post a Comment